Maklumat botani Epal

Bunga, buah, dan daun-daun pokok epal (Malus domestica)

Pokok epal kecil dan berdaun luruh, mencapai ketinggian 3 hingga 12 meter (9.8 hingga 39.4 ka), dengan silara yang lebar dan selalunya amat beranting.[2]Daun-daunnya disusun berselang-seli dan berbentuk bujur ringkas sepanjang 5 – 12 cm dan selebar 3–6 sentimeter (1.2–2.4 in) pada petiol 2 hingga 5 sentimeter (0.79 hingga 1.97 in), dengan hujung yang tajam, tepi bergerigi dan bahagian bawahnya yang sedikit berbulu. Bunga epal mekar pada musim bunga, serentak dengan percambahan daun. Bunganya putih dengan baur merah jambu yang beransur pudar, ada lima kelopak, dan mencapai diameter 2.5 hingga 3.5 sentimeter (0.98 hingga 1.38 in). Buahnya masak pada musim luruh, dan biasanya berdiameter 5 hingga 9 sentimeter (2.0 hingga 3.5 in). Teras buah epal mengandungi lima karpel yang tersusun seperti bintang lima mata, setiap satunya mengandungi satu hingga tiga biji benih.[2]

Leluhur liar

Rencana utama: Malus sieversii

Leluhurr liar Malus domestica ialah Malus sieversii yang ditemui hidup secara liar di pergunungan Asia Tengah di Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, dan Xinjiang, China,[3] and possibly also Malus sylvestris.[4]

Genom

Pada tahun 2010, sebuah konsortium pimpinan Itali mengumumkan bahawa mereka telah mentafsirkan seluruh genom epal (baka Golden Delicious).[5] Ia mengandungi kira-kira 57,000 gen, jumlah tertinggi pada genom tumbuhan yang dikaji setakat ini dan lebih banyak gen daripada genom manusia (kira-kira 30,000).[6]

Rujukan

WikiPedia: Epal http://www.foodscience.csiro.au/refrigerated.htm http://www.bestapples.com/facts/facts_controlled.s... http://www.bestapples.com/healthy/ http://www.calpoison.com/public/food.html#Ecoli http://www.foodsdatabase.com/LinkedLabel.aspx?Food... http://www.fruitgrowersnews.com/pages/2004/issue04... http://forums.gardenweb.com/forums/load/harvest/ms... http://books.google.com/?id=YvU1XnUVxFQC&lpg=PT39&... http://books.google.com/books?id=9KwPofkJTHYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=ngAVBYuRyb8C&pg=P...